Wednesday, February 4, 2009

Work From Home

Company asben aku memberi kemudahan kpd pekerjanya supaya boleh work from home.. Dan asben aku sendiri dpt menikmati work from home ni 3 hari seminggu.. bermakna hanya 2 hari jek dia pegi opis.. bestkan..aku sendiri jeles tau...

Asben penah cite..ada sorang kawannya, perempuan la..mempunyai 4 anak.. company membenarkan dia bekerja 5 hari seminggu penuh work from home. Supaya kawan dia nih boleh sambil bekerja, sambil menjalankan tugas sebagai ibu di rumah.. amacam.. lagi best kan..

Aku nampak mende nih sesuatu yg sangat bagus, jika banyak company2 di Malaysia nih mempunyai kemudahan sebegini. Orang dapat bekerja dengan selesa, tanggungjawab di rumah pun dapat dibuat sendiri. Tak perlu melalui kesesakan jalan raya, duit minyak, duit tol dan takde masalah dgn pembantu rumah dan macam-macam lagi..

Mungkin orang akan berpikir, kalau dah keje kat umah tu.. alamat mengulau le pulak kan.. Tak semestinya.. Yang penting keje siap.. dan nampak kita online, jadi bila2 masa boleh berkomunikasi.. Sekiranya ada meeting, boleh telecon je.. Bila pekerja selesa, tiada masalah peribadi yg menggangu kejenya, maka sudah tentu dia boleh deliver kejenya dgn lebih baik..

Berada di pejabat pun belum tentu kita takkan mengulau (kalau dah mmg spesies mengulau ler nih).. Lepas tu dalam kepala dok risau pasal anak sakit kat rumah la.. pembantu rumah buat hal la dan mcm2 lagi laa... dah keje ari tu jadi terganggu..

Tapi memanglah...tak semua keje boleh dibuat secara online kan.. Tak semua company mempunyai kemudahan dan kepercayaan begini.. Tapi cuba bayangkan, kalau byk peluang begini ada di Malaysia, tentu dpt membantu ramai orang terutamanya ibu2 tunggal dan surirumah.. Anak2 lebih terdidik, kuranglah masalah sosial dan dalam masa yg sama dapat membantu suami dalam menambah pendapatan..

Dan sebab itu jugalah aku menceburkan diri dalam perniagaan internet nih, walaupun pendapatan tak seberapa tapi sekurang-kurangnya ada kepuasan dihati.. dari segi masa, anak-anak dan mcm2 lagi.. Doakanlah aku semoga perniagaan aku nih akan lebih rancak lepas nih :D:D