Thursday, November 27, 2008

Berkhatan...

Ya..tajuk kita hari ni murid2...adalah berkhatan.. Ops!! bukan saya yg berkhatan ye...tapi anak sulong saya yg berusia 11 taun.

Sebenarnya anak saya berkhatan pada 24 Nov ari tuh... Ini kes entry terlewat ye... Mula2 tu rasa mcm takmo tulis kat sini.. tp atas permintaan apai, maka sy menulis jua kisah berkhatan ini...

Anak saya (eh ber'saya' lak ari ni)... berkhatan di sebuah klinik di kawasan perumahan saya ni... Saya memilih supaya anak saya dikhatankan menggunakan kaedah klamp (taktau ejaan) Sebab kata pembantu klinik tu..kaedah klamp lebih cepat sembuh berbanding jahit. Maka pada harinya, suami saya membawa anak saya ke klinik itu untuk dikhatankan. Saya tak pegi la...sebab anak saya malu..ceh!

Bila mereka balik ke rumah, aku ingat anak aku menangis ke takut ke... tapi tidak... dia boleh tersenyum2 plak.. Bagus laa...

Bab2 pantang makan nih aku cukup tak reti.. Tanya abahnya pon tak tau.. So aku masak macam biasa jek la... Plaknya semlm elok plak aku beli udang & sotong yg memang sah2 akan menyebabkan gatal... Tapi alhamdulillah, anak aku makan dan takde lak menunjukkan tanda2 gatal.. harap ok ler...

So, besok (Jumaat) klamp tu akan dibuka. Doktor berpesan supaya anak aku berendam dalam air (memang la dlm air...takkan dlm tanah lak kan) terlebih dahulu, supaya *** lebih lembut dan tidak merekah bila klamp dibuka.. supaya tak mencederakan *** la kott... ntah..

So begitulah ceritanya pengalaman pertama saya menangani isu (peh!) anak berkhatan ini.... Anak kedua sok tak tau la...pasal dia nih penakut sket..dah tak thn sakit..

Err.... maaf gambo tidak dpt disiarkan atas isu2 keselamatan... kang tak pasal2 aku kena saman taruk gambo porno plak kat sini (takde la plak aku mengambik gambo *** tuh...iskkkk..takde keje aih)...

Monday, November 24, 2008

meminang....

Semlm aku ke Segamat, Johor bagi mengikuti rombongan meminang mewakili adik iparku. Aku rasa inilah kali pertama aku menghadiri majlis sebegini..

Aku bertolak ke Segamat kira2 jam 9 pagi..dan tiba di sana kira2 jam 12.30. Kami ke rumah makcik suamiku terlebih dahulu dan makan tengahari di sana. Kira2 setengah jam kemudian barulah bapa mertua serta adik ipar perempuanku tiba bersama beberapa lagi sedara mara..

Kami ke rumah bakal tunang kira2 jam 3 petang. Majlis pertunangan berjalan dengan lancar..Dan majlis perkahwinan ditetapkan 3 bulan akan datang..

Seronok juga mendengar ucapan2 wakil lelaki dan perempuan ketika majlis berlangsung.. Ketika aku bertunang dulu, tak sempat aku mendengar kerana aku berada di bilik..almaklum ler malu2 kuceng ler kunun...kah kah kah... Kuceng aku pon tak malu mcm tu ahaks...

Agak2 zaman akan datang masih ada kah lagi majlis sebegini... ntah2 bertunang pon main SMS jek kot...hehehe....

Kalau panjang umur.. aku nanti kena menghantar rombongan 5 kali ...maklum ler anak lelaki semua...5 org lak tu.. perghh...

err....ada sapa2 nak berbesan ngan aku?? hahahahah.......

Thursday, November 20, 2008

merapucipta...

Semlm aku nak perangatkan makanan dalam microwave... Buka2 je microwave tu..perghhh!! ada ayam masak kicap yg aku perangatkan beberapa hari lepas. Kes terlupa la nih... Ayam2 tu dah naik berulat dah...dan baunya pergh!

Tiba2 datang plak idea merapu dalam kepala nih... Kalaulah microwave tu ada food sensor/detector, pastu kat luar ada lampu blink2 bagitau ada makanan kat dalam tu..sila keluarkan...takde la jadi macam kes keterlupaan aku tu...dah perangat..pastu terbiar basi dalam microwave. Atau memang dah ada?? Maklumlah aku pakai microwave murah2 jek..kot la microwave yg mahal2 dah ada mende nih...

Lepas tu mlm tadi aku berhajat utk pergi ke pasar malam berdekatan rumah. Sampai2 je di sana, belum keluar kereta lagi..ujan pun turun. Hmm... memikirkan malas nak berpayung dan meredah ujan, aku pun pulang semula ke rumah.

Dan datang plak idea merapu ni sekali lagi. Apa kata kalau payung tu ada adjustable kaki...yang boleh dipanjangkan/dipendekkan mengikut keperluan. Ye laa...time bersesak kat pasar malam dengan payungnya...mesti ada mangsa2 yang terkena payung dikepala atau tercucuk kat mata. Pastu bila berselisih sesama payung, mesti salah sorang kena angkat tangan untuk tinggikan payung supaya tak berlaga..lenguh gak. So kalau payung tu boleh dipanjangkan kakinya...tangan tak lenguh...payung tak kena org lain..bagus gak ek..

Lepas tu idea2 merapu pun bertambah2 dalam kepala nih...

- Kentut detector.. bila ada org kentut jek (kes dlm bilik ber'ekon' le nih) detector terus sedut bau tu...so bau tak mengganggu org lain

- Tong gas yg ada meter menunjukkan isipadu...mcm meter minyak kereta tu.. So boleh ler agak2 bila gas dah nak abih.. Takde lah berlaku kehabisan gas diwaktu kritikal

- Ujan alarm.. selalu sidai kain kat luar..tiba2 ujan tanpa disedari..sedar2 baju dah basah..(biasanya kes tertidur le nih atau kes terleka berchatting)... So kalau ada ujan alarm nih...bila ujan dan turun jek..nanti akan berbunyi alarm kat dlm rumah...so yg tertido nih boleh terjaga dan angkat kain tu...

isyy.... mengarut jek aku nih ek... so mahapkan aku kalau menjebakkan kalian dlm pikiran merapu aku nih... hehe..

Tuesday, November 18, 2008

Cuti sekolah...

cuti sekolah bermula kembali... bermakna bermula lah episod aku dok berperang dgn 5 boys nih...hahaha....terutama sekali berperang berebut komputer ni haa... walaupun dah ada 2 komputer dan 1 ipod touch... tapi masih tak mencukupi... So aku dengan segala kuasa veto yg aku ada...aku hanya membenarkan mereka bermain komputer pada waktu2 yg dibenarkan shj... itupun setelah mereka mengerjakan segala tanggungjwb diri terlebih dahulu..

Kalau diikutkan hati, aku takmo bagi langsung mereka bermain komputer nih... sebab setiap kali mereka bermain...sekejap je...mesti bergaduh punya...tapi kadang2 tu timbul gak rasa kesian melihat mereka kebosanan hanya menonton tv shj.. Sekarang plak agak selalu ujan..so, mereka tak dpt keluar rumah utk bermain basikal.. Dan the boys ni plak, takde plak mengkreatifkan diri utk bermain dlm rumah..setakat menteraburkan kusyen kerusi utk buat pondok2 tu ada lah.. tapi aku plak tak tahan menengok rumah bagaikan tongkang pecah...

Kalau dulu2 masa aku sebaya mereka...aku memang tak lekat di rumah sepanjang cuti... Aku pergi masuk utan...mandi sungai..panjat bukit..main pondok2, buat pondok sendiri woo....dan kalau paling cokia pon aku main baling selipar ke...main kejar2 ke..

Budak2 sekarang nih aku tengok kalau takde komputer tu..mcm dah takde bende lain yg boleh menyeronokkan mereka... petang2 pon mereka setakat main beskal..main bola..

Petang semlm aku bwklah mereka ke taman permainan...tapi amat menyedihkan... dengan lopak airnya yg sedalam buku lali... rumput yg panjang...sungguh tak menyeronokkkan...

Cuti baru je bermula..tapi aku dah kehabisan idea utk membuatkan mereka menggunakan cuti dengan sebaiknya... tolong bagi idea sket...

Thursday, November 13, 2008

Panggilan Haji....

Semalam mak aku dan abah tiri aku berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Mereka bertolak dari rumah mereka di Raub menaiki kereta anak abah kira2 pukul 11 pagi dengan diiringi kakak aku yg ke-3 (yg dok ilangkan kunci kete tuu...hehe). Mereka singgah di Bentong kerana ada sedikit kenduri yang diadakan oleh salah seorang rakan mereka yang akan sama2 ke Tanah Suci.

Lebih kurang pukul 4 mereka bertolak ke Kuala Lumpur.. Ada satu ketika kakak ke-3 aku menelepon yang mengatakan konvoi mereka telah berpecah.. Dah tak tahu kemana hala kereta masing2.. Nasib baik la kakak aku tu pernah tinggal di PJ, jadi dia tahu jugaklah selok belok menghala ke Kelana Jaya. Dengan sedikit panduan merapu dari aku...hahah..sebab aku pun blur nak bagi panduan jalan...

Memandangkan mereka aku agak sudah memasuki Kuala Lumpur...maka aku dan kakak ke-2 aku (yg sememangnya dah dtg rumah aku awal2 lagi) pon bertolak ke Kelana Jaya selepas Asar. Perjalanan agak lancar..dan aku sampai ke Kelana Jaya serentak dengan kakak ke-3 aku tuh...

Sesampai di Kompleks Tabung Haji tu, puas kami mencari mak dan abah.. Hari sudah menghampiri maghrib tapi bayang mereka pun tak nampak. Puas kami menelepon anak abah, tapi tak dpt..

Akhirnya, mereka sampai juga ketika azan maghrib sedang berkumandang. Rupa-rupanya mereka telah tersesat hingga ke Klang. Alhamdulillah ada orang yg sanggup menolong menunjukkan jalan dari Klang sampai ke Kelana Jaya. Mak aku dah meleleh air mata, hanya mampu berzikir dan memohon pada Allah supaya dimudahkan urusan.

Akhirnya pada jam 9 mlm, semua bakal2 haji diminta check-in. Kami bersalaman dan meninggalkan kompleks utk pulang ke rumah.

Semoga perjalanan mak dan abah dipermudahkan dan semoga mendapat haji yg mabrur..

Hmm...bilalah aku dapat ke sana yee...

Tuesday, November 11, 2008

Kemalasan melanda.....

Kemalasan telah melanda diriku dalam mengemaskini blog ini.. Aku pun tidak tahu kenapa.. mungkin aku terlalu asyik dengan FB..dan juga terlalu asyik membaca buku Harry Potter... yaa...betol la tu..

Sejak dua menjak ni ramai pulak kawan2 sekolahku dulu join FB nih... Aku masih menanti kawan2ku di ITM, Dungun join FB..tapi belum berjumpa... dulu2 kami aktif dlm mailgroup...skang suma sudah menyepikan diri...mana tah diorang pegi.. Kalau korang baca blog aku nih..harap korang join la FB...buleh la bertuko2 cerita ye..

Aku cukup minat dengan Harry Potter... kalau dulu, aku sekadar meminati movienya...sehingga aku sanggup mendonlod dari torrent walaupun kadang2 tu memakan masa sampai 2-3 hari..

Tapi, selepas suamiku memberiku buku Harry Potter and The Order of Pheonix (aiya..actually Harry Potter and the Goblet of Fire la...isk..dah tua2 nih asik tersyasul jek..[pembetulan dibuat pd 18/11/08] hehe..), yg dibeli di London ketika dia ada tugasan di sana.. Membuatkan aku terus berminat utk membaca semua buku2 HP nih... Kebetulan pula di torrent semua ada... Dapatlah aku membaca kesemua buku2 HP nih... boleh ulang baca byk2 kali....

So...itulah sebabnya kenapa blog aku nih agak berabuk sikit...mahap le yee.....

Thursday, November 6, 2008

Bekerjasama

Dah lama aku tak update blog nih gara2 demam, batuk dan selsema lebih dari seminggu... dah lama aku tak sakit lama mcm nih...

Hari nih aku nak bercerita sikit tentang kerjasama... Kerjasama ada di mana-mana. Di rumah pun kita sering mengajar anak2 supaya bekerjasama, supaya sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan cepat..

Seperti restoran kami, ianya baru dan lebih menarik dan nampaknya seperti satu saingan besar kepada restoran2 sedia ada, namun mereka menerima kewujudan kami sebagai salah satu back-up kepada mereka. Seperti jika mereka menerima tempahan katering yang besar dan mereka tidak mampu menyediakan sepenuhnya, maka sebahagian darinya diserahkan kpd restoran kami untuk diuruskan. Hasilnya majlis tersebut dapat berjalan dgn lancar dan masing2 mendapat keuntungannya.

Namun tidak semua orang berpandangan begitu.. Seperti yang telah berlaku kpd diriku sendiri.. Aku ingin bekerjasama dgn suatu pihak untuk menjual satu produk. Malah aku bersedia untuk berkongsi keuntungan walaupun satu pihak lagi tidak perlu membuat apa-apa. Aku pun tidak tahu di mana silapnya, pihak tersebut seolah-olah membuatkan aku seperti bersalah kerana ingin menjual produk tersebut. Malah mereka tidak pernah berbincang/membalas sebarang cadangan yang aku berikan. Membuatkan aku berasa kecil hati dan terkilan...kerana kerjasama yang aku harapkan..lain jadinya.

Walau apapun, tidak semestinya semua pekerjaan dilakukan secara bekerjasama... takkan nak masuk bilik termenung pon nak kerjasama ye dak! hehehe....