Thursday, November 13, 2008

Panggilan Haji....

Semalam mak aku dan abah tiri aku berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Mereka bertolak dari rumah mereka di Raub menaiki kereta anak abah kira2 pukul 11 pagi dengan diiringi kakak aku yg ke-3 (yg dok ilangkan kunci kete tuu...hehe). Mereka singgah di Bentong kerana ada sedikit kenduri yang diadakan oleh salah seorang rakan mereka yang akan sama2 ke Tanah Suci.

Lebih kurang pukul 4 mereka bertolak ke Kuala Lumpur.. Ada satu ketika kakak ke-3 aku menelepon yang mengatakan konvoi mereka telah berpecah.. Dah tak tahu kemana hala kereta masing2.. Nasib baik la kakak aku tu pernah tinggal di PJ, jadi dia tahu jugaklah selok belok menghala ke Kelana Jaya. Dengan sedikit panduan merapu dari aku...hahah..sebab aku pun blur nak bagi panduan jalan...

Memandangkan mereka aku agak sudah memasuki Kuala Lumpur...maka aku dan kakak ke-2 aku (yg sememangnya dah dtg rumah aku awal2 lagi) pon bertolak ke Kelana Jaya selepas Asar. Perjalanan agak lancar..dan aku sampai ke Kelana Jaya serentak dengan kakak ke-3 aku tuh...

Sesampai di Kompleks Tabung Haji tu, puas kami mencari mak dan abah.. Hari sudah menghampiri maghrib tapi bayang mereka pun tak nampak. Puas kami menelepon anak abah, tapi tak dpt..

Akhirnya, mereka sampai juga ketika azan maghrib sedang berkumandang. Rupa-rupanya mereka telah tersesat hingga ke Klang. Alhamdulillah ada orang yg sanggup menolong menunjukkan jalan dari Klang sampai ke Kelana Jaya. Mak aku dah meleleh air mata, hanya mampu berzikir dan memohon pada Allah supaya dimudahkan urusan.

Akhirnya pada jam 9 mlm, semua bakal2 haji diminta check-in. Kami bersalaman dan meninggalkan kompleks utk pulang ke rumah.

Semoga perjalanan mak dan abah dipermudahkan dan semoga mendapat haji yg mabrur..

Hmm...bilalah aku dapat ke sana yee...

1 comment:

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

Setiap kejadian ada hikmahnya.. apa yg berlaku sebahagian dugaan dalam melakukan perkara yg mulia.

Takala kita berniat utk menunaikan Haji, takala itu juga kita berdoa agar sampai ke sana suatu masa nanti... insyaalah

Sendtiasa berdoa dan menabung.. inyaallah berjaya hendaknya.