Monday, November 24, 2008

meminang....

Semlm aku ke Segamat, Johor bagi mengikuti rombongan meminang mewakili adik iparku. Aku rasa inilah kali pertama aku menghadiri majlis sebegini..

Aku bertolak ke Segamat kira2 jam 9 pagi..dan tiba di sana kira2 jam 12.30. Kami ke rumah makcik suamiku terlebih dahulu dan makan tengahari di sana. Kira2 setengah jam kemudian barulah bapa mertua serta adik ipar perempuanku tiba bersama beberapa lagi sedara mara..

Kami ke rumah bakal tunang kira2 jam 3 petang. Majlis pertunangan berjalan dengan lancar..Dan majlis perkahwinan ditetapkan 3 bulan akan datang..

Seronok juga mendengar ucapan2 wakil lelaki dan perempuan ketika majlis berlangsung.. Ketika aku bertunang dulu, tak sempat aku mendengar kerana aku berada di bilik..almaklum ler malu2 kuceng ler kunun...kah kah kah... Kuceng aku pon tak malu mcm tu ahaks...

Agak2 zaman akan datang masih ada kah lagi majlis sebegini... ntah2 bertunang pon main SMS jek kot...hehehe....

Kalau panjang umur.. aku nanti kena menghantar rombongan 5 kali ...maklum ler anak lelaki semua...5 org lak tu.. perghh...

err....ada sapa2 nak berbesan ngan aku?? hahahahah.......

2 comments:

hang perak said...

Amboi MJ,dah promote anak ke.....belum abih sekolah menengah...emak dah sibuk nak menantu,nanti jadi kes....dapat anak,dapat cucu.

Anonymous said...

meminang dah.....cite pasal berkhatan tak muncul2 lagi lakkkk