Thursday, November 6, 2008

Bekerjasama

Dah lama aku tak update blog nih gara2 demam, batuk dan selsema lebih dari seminggu... dah lama aku tak sakit lama mcm nih...

Hari nih aku nak bercerita sikit tentang kerjasama... Kerjasama ada di mana-mana. Di rumah pun kita sering mengajar anak2 supaya bekerjasama, supaya sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan cepat..

Seperti restoran kami, ianya baru dan lebih menarik dan nampaknya seperti satu saingan besar kepada restoran2 sedia ada, namun mereka menerima kewujudan kami sebagai salah satu back-up kepada mereka. Seperti jika mereka menerima tempahan katering yang besar dan mereka tidak mampu menyediakan sepenuhnya, maka sebahagian darinya diserahkan kpd restoran kami untuk diuruskan. Hasilnya majlis tersebut dapat berjalan dgn lancar dan masing2 mendapat keuntungannya.

Namun tidak semua orang berpandangan begitu.. Seperti yang telah berlaku kpd diriku sendiri.. Aku ingin bekerjasama dgn suatu pihak untuk menjual satu produk. Malah aku bersedia untuk berkongsi keuntungan walaupun satu pihak lagi tidak perlu membuat apa-apa. Aku pun tidak tahu di mana silapnya, pihak tersebut seolah-olah membuatkan aku seperti bersalah kerana ingin menjual produk tersebut. Malah mereka tidak pernah berbincang/membalas sebarang cadangan yang aku berikan. Membuatkan aku berasa kecil hati dan terkilan...kerana kerjasama yang aku harapkan..lain jadinya.

Walau apapun, tidak semestinya semua pekerjaan dilakukan secara bekerjasama... takkan nak masuk bilik termenung pon nak kerjasama ye dak! hehehe....

3 comments:

Anonymous said...

hisyy, wat per nak hidu bau yg sama tuh...tak larat!

KC

cikliah said...

Apa yang penting ? Kerjasama !!!

the principal said...

Baguskan kalau bekerjasama dlm biz sesama Melayu.