Friday, October 31, 2008

Happy Birthday Adham

11 tahun yg lalu, hari jumaat jam 12:30 tghari...di Hospital Universiti.. adham anak sulungku selamat dilahirkan...

Skang dah 11 tahun budak tu... tahun depan dah nak upsr...perghh cepatnya masa berlalu... semoga menjadi anak yg soleh..



hmm...ari nih ari jumaat gak ek...

Tuesday, October 28, 2008

tak sihat

tak larat nak update blog...demam, batuk n selsema dah 3 hari dah....

Thursday, October 23, 2008

sambutan tertunda

dah hampir2 nak merajuk dah... Mlm tadi asben balik lambat.... aku dah naik atas nak tido dah... tiba2 dia balik dan kejutkan aku... Meh la turun bawah...ada kek...
wah!! seronoknya... dapat ciskek gitu...hilang dah merajuk...hehehe... (buruk bebenor kalu org tua2 merajuk ek.. ;p )

Tuesday, October 21, 2008

My birthday

Hari nih 21 Okt..birthday aku... Dah tua dah...

Monday, October 20, 2008

Mentor Jutawan

Mentor Jutawan nih merupakan satu e-book terbaru dari Irfan Khairi. Di dalamnya mengandungi sesi temubual Irfan bersama 8 jutawan iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato Dr Azman Ching, Billi Lim, Dato Husammudin, Abang Abu dan Ifan Khairi sendiri. Ianya berkisar tentang pengalaman suka duka 8 jutawan tersebut dalam mencapai kejayaan mereka.

Aku suka baca ebook ini..sebab ianya buku ilmiah tetapi dalam bentuk cerita yang boleh aku baca dalam keadaan santai. Banyak info-info menarik tentang mereka yang boleh aku pelajari terutama sekali cerita Dato Dr Fadzilah Kamsah..kisah beliau sejak dari bangku sekolah hingga sekarang.

Ebook Mentor Jutawan nih memang berbaloi untuk dibaca..walaupun harganya murah..tetapi isikandungannya amat berharga.. Aku sarankan kepada sesiapa yang ingin memperbaiki diri..terutama dalam perniagaan atau kerjaya..eloklah membaca ebook nih..

Bukan itu saja..bila kita beli ebook nih..kita boleh mendaftar program affiliate secara percuma dan untuk setiap jualan ebook ni kita akan mendapat komisen Rm10 untuk setiap jualan...Bukan tipu2 punya.. Untuk keterangan lanjut boleh lawati link di bawah

Friday, October 17, 2008

mesin basuh....

Tadi dok terpikir-pikir nak tulis apa kat blog nih... tengah2 pikir tu...tetiba mesin basuh aku menjerit...tit tot tit tot.... huh...unbalance rupanya...terpaksa la aku gi uraikan kain2 tu supaya mesin tu boleh spin dengan sempurna...

Sepanjang perkahwinan aku yang dah masuk 12 tahun nih... dah 3 mesin basuh aku beli termasuk la yg terbaru nih... Yang pertama aku pakai hampir 8 tahun kot? Yang kedua 3 tahun jek...sebab aku tak sabo (hehe) nak beli yang terbaru nih..

Mesin basuh yang pertama muatannya cuma 3kg (rasanya la..aku dah lupa)..Sangat2 berjasa dan tahan lama...walaupun bukan dari jenama yang terkenal di Malaysia... Mitachi Littleswan namanya... bukan berkomputer..tapi main pulas tu... Pernah rosak akibat petir..sebab aku pegi gatal2 membasuh dikala ujan dan ribut petir tgh melanda.. Lepas itu mulalah mesin basuh tu meragam...kejap2 rosak... agaknya dah uzur sgt..

Kemudian aku beli mesin baru yang kedua.. jenama samsung..berkomputer...6.5kg.. Berkhidmat dengan baik juga...kecuali dia dah berkarat kerana selalu kena tempias hujan...pasal masa tu aku belum letak awning kat belakang... tetapi oleh kerana pertambahan ahli keluarga... aku terpaksa membasuh baju sekurang2nya 2 round sehari...so terpaksa keje lebih sikit dan memakan masa...So aku pun membodek asben utk membeli yang lebih besar...heheh

Akhirnya kami membeli mesin baru lagi...jenama LG..berkomputer..muatan 12kg...besar gedabak...masuk budak pun boleh...Mesin yang kedua tu aku bagi kat seorang kawan. Dengan muatan 12kg...aku hanya perlu membasuh sekali sehari je...rileks la sikit.. Cuma masalahnya dengan mesin besar nih...selalu la berlakunya unbalance bila nak spin... kadang2 tu aku terpaksa pegang/bersandar pada mesin tu... kira ala-ala mesin gegar yang memecahkan lemak2 perut gak ler...hehehe...

So lepas nih..kalu aku bleh slim dengan mesin basuh tu...kira berbaloi la aku beli mesin tu...hehehhe

Monday, October 13, 2008

cuba teka kat mana.....



hehehee....dah takde keje la nih...

cuba korang teka...kat mana kedai nih... :D

Thursday, October 9, 2008

Outlandish

Lagu yang sedang berkumandang melalui blog aku ini adalah salah satu lagu yg aku minati dari kumpulan Outlandish bertajuk Callin' U..

Kenapa aku suka lagu ini? Sebab lagu ini merupakan lagu ketuhanan.. Bagaimana cinta seorang hamba terhadap Tuhannya... Aku sebenarnya tidak pandai mengulas...so korang bacalah sendiri liriknya..heheh

Siapakah kumpulan Outlandish nih... Ahlinya terdiri dari 3 orang iaitu Isam Bachiri (born in Denmark and of Morrocan background,) Waqas Ali Qadri (born in Denmark and of Pakistani background), and Lenny Martinez (from Honduras). Isam dan Waqas adalah muslim manakala Lenny katholik... Lagu2 mereka banyak berunsurkan Islam dan mengenai kisah2 masyarakat Islam seperti di Palestine dan sebagainya...

I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extra├▒o, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U...

oh, no, no
i don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but you
MY one and only

I don't need nobody
& i don't feel nobody
I don't call nobody but you
all i need in my life

Soal hati

Aku ingin memetik kata-kata dari bapa mertuaku ketika menasihati seseorang pada hari raya tempoh hari.. Lebih kurang begini..

"Kalau kita berkata-kata pada seseorang...sedikit sebanyak di hati kita akan merasakan sesuatu...Jika kita sendiri terasa ada sedikit kekerasan dalam kata-kata kita, maka orang yang mendengarnya akan lebih-lebih terasa..."

Bila aku fikir-fikirkan balik...ada juga kebenarannya...

Kadang-kadang tu bila aku memarahi anak-anak dengan niat nak mengajar...hati aku tak begitu terasa...tapi kalau aku memarahi anak-anak dengan emosi atau membuta tuli... dalam hati akan terasa dan membuatkan aku terusan memikirkan perkara itu..

Begitu juga dalam pergaulan dengan rakan-rakan... Kadang2 tu kita tak sedar akan ketelanjuran kata-kata..tapi mungkin sedikit sebanyak akan terkesan di hati kita sendiri...Tapi mungkin bagi kita cuma sedikit...tapi kita tak tau bagaimana kesannya pada hati rakan kita itu...

Bapa mertuaku juga ada menasihati dari segi hubungan majikan dengan pekerja.. "Kita jangan anggap pekerja terima gaji itu sudah cukup bagi mereka..dan membolehkan kita memarahi/bersuara tinggi terhadap mereka... Tetapi kita kena ingat juga..tenaga mereka yg kita gunakan untuk menjayakan perniagaan...kerana dengan tenaga mereka juga perniagaan dapat dijalankan"

Dari pengalaman kerjaku yang lepas-lepas... pelbagai jenis sikap majikan yang aku perhatikan... Ada majikan yang sangat menjaga keperluan pekerjanya... dan ada juga majikan yang taunya nak menindas sahaja...

Sebagai pekerja kita tentunya akan berasa senang hati untuk terus bekerja dengan majikan yang mengambil berat dengan hal kebajikan pekerja...

Tapi kalau dengan majikan yang lebih mementingkan kerja dibereskan atau lebih mementingkan pandangan orang lain (pelanggan) dengan menindas pekerjanya sendiri...maka tentunya motivasi kerja kita akan semakin berkurangan...

so kesimpulanya...lebihlah berhati2 apabila berkata-kata...peringatan untuk diriku juaaa.

"Sebab pulut santan binasa...sebab mulut badan binasa"

Wednesday, October 8, 2008

Gambo raya....

Takde idea nak bercerita....layan gambo dulu....

Di Pahang.....





Di Johor






Tuesday, October 7, 2008

Makan steamboat di Riverside

Raya ke-3 sebelah malam...kami 4 keluarga (para owner) pegi makan steamboat di Riverside...

Tak reti nak cerita...layan gambo aje la eh... hehehe (err..tak byk gambo dlm hp aku...sebab mlm tu byk guna hp asben...nnt aku cilok gambo dr hp die yeh)













Monday, October 6, 2008

Tragedi Sebelum Raya....

Tahun ini tiba giliran aku untuk menikmati raya pertama di kampungku... Kami bertolak ke Karak kira2 pukul 1pm dan sampai pada jam 2 lebih .. perjalanan lancar..tiada kesesakan..

Setibanya di rumah kakak aku yg sulong...kakak aku yg no.3 pun sudah sedia menunggu aku di sana.. Kakak no.3 aku meminta aku menemaninya ke Bentong untuk membeli baju raya utk dirinya..

Kami berdua pun pergilah ke Bentong... anak2 aku tinggalkan dgn suamiku di rumah kakak aku yg sulung itu...

Setiba di Bentong..kami pun memilih baju...pilih punya pilih...kakak aku asik tak berkenan jek... dekat nak 3 jam kot kami memilih...baru ler berjumpa yg berkenan...itu pun aku main ok2 jek..pasal belakang aku dah sakit asik berdiri dan berjalan...(hehehe)..kalau tak, mau tak beli2 nye..

Selesai membayar...tiba2..kakak aku tanya.. "Mana kunci kereta?" Aku jawab "Aik? Kan awak pegang tadi?" Aku ingat dia main2...rupa2nya betul... Adeh...satu hal plak nak mencari kunci dlm kedai baju yg penuh dgn kain baju tu... cari punya cari tak jumpa juga... jam dah pukul 5 lebih nih...kang nak berbuka plak...

Aku cadangkan supaya mencari di Maybank..sebab sebelum tu kakak aku pergi keluarkan duit di situ... tak jumpa juga.. Pergi CIMB pon tak jumpa juga... pastu kami ke kereta.. tup2 ade satu pintu tak terlock... bukak je pintu..alarm pun berbunyi...adusss...sib baik ada mamat tlg cabut wayar ape tah..dah alarm tu pun senyap..Mamat tu cadangkan supaya kami ke kedai kunci...utk panggil tukang kunci tu supaya tukar kunci baru..

Kami pun berjalan lagi... dah berapa kali tawaf blok bangunan kedai nih... Bila sampai ke kedai kunci..cina tu kata dia caj Rm140... terkujat jap... mak aih..mahalnya... tak bleh jadi nih...

Kami pun kembali semula ke kereta... aku cadangkan kakak aku cari kunci spare..kot2 ade dlm kete.. Alhamdulillah..sib baik ada... tapi dah bengkok la plak...takleh masuk... so aku suruh kakak aku pegi semula ke kedai kunci tadi utk repair...sementara aku jaga kereta...kang tak pasal2 ilang plak..sebab pintu tak berkunci..

Tak lama tu kakak aku pon dtg semula... tukang kunci tu duplicate kunci baru..sebab kunci bengkok tu takleh repair..nanti lari die punya bunga... Sib baik la kunci tu boleh digunakan utk hidupkan enjin...

Ari tu kami berbuka dlm kereta je la... minum air kotak sorang satu...