Thursday, October 9, 2008

Soal hati

Aku ingin memetik kata-kata dari bapa mertuaku ketika menasihati seseorang pada hari raya tempoh hari.. Lebih kurang begini..

"Kalau kita berkata-kata pada seseorang...sedikit sebanyak di hati kita akan merasakan sesuatu...Jika kita sendiri terasa ada sedikit kekerasan dalam kata-kata kita, maka orang yang mendengarnya akan lebih-lebih terasa..."

Bila aku fikir-fikirkan balik...ada juga kebenarannya...

Kadang-kadang tu bila aku memarahi anak-anak dengan niat nak mengajar...hati aku tak begitu terasa...tapi kalau aku memarahi anak-anak dengan emosi atau membuta tuli... dalam hati akan terasa dan membuatkan aku terusan memikirkan perkara itu..

Begitu juga dalam pergaulan dengan rakan-rakan... Kadang2 tu kita tak sedar akan ketelanjuran kata-kata..tapi mungkin sedikit sebanyak akan terkesan di hati kita sendiri...Tapi mungkin bagi kita cuma sedikit...tapi kita tak tau bagaimana kesannya pada hati rakan kita itu...

Bapa mertuaku juga ada menasihati dari segi hubungan majikan dengan pekerja.. "Kita jangan anggap pekerja terima gaji itu sudah cukup bagi mereka..dan membolehkan kita memarahi/bersuara tinggi terhadap mereka... Tetapi kita kena ingat juga..tenaga mereka yg kita gunakan untuk menjayakan perniagaan...kerana dengan tenaga mereka juga perniagaan dapat dijalankan"

Dari pengalaman kerjaku yang lepas-lepas... pelbagai jenis sikap majikan yang aku perhatikan... Ada majikan yang sangat menjaga keperluan pekerjanya... dan ada juga majikan yang taunya nak menindas sahaja...

Sebagai pekerja kita tentunya akan berasa senang hati untuk terus bekerja dengan majikan yang mengambil berat dengan hal kebajikan pekerja...

Tapi kalau dengan majikan yang lebih mementingkan kerja dibereskan atau lebih mementingkan pandangan orang lain (pelanggan) dengan menindas pekerjanya sendiri...maka tentunya motivasi kerja kita akan semakin berkurangan...

so kesimpulanya...lebihlah berhati2 apabila berkata-kata...peringatan untuk diriku juaaa.

"Sebab pulut santan binasa...sebab mulut badan binasa"

No comments: