Friday, October 31, 2008

Happy Birthday Adham

11 tahun yg lalu, hari jumaat jam 12:30 tghari...di Hospital Universiti.. adham anak sulungku selamat dilahirkan...

Skang dah 11 tahun budak tu... tahun depan dah nak upsr...perghh cepatnya masa berlalu... semoga menjadi anak yg soleh..



hmm...ari nih ari jumaat gak ek...

Tuesday, October 28, 2008

tak sihat

tak larat nak update blog...demam, batuk n selsema dah 3 hari dah....

Thursday, October 23, 2008

sambutan tertunda

dah hampir2 nak merajuk dah... Mlm tadi asben balik lambat.... aku dah naik atas nak tido dah... tiba2 dia balik dan kejutkan aku... Meh la turun bawah...ada kek...
wah!! seronoknya... dapat ciskek gitu...hilang dah merajuk...hehehe... (buruk bebenor kalu org tua2 merajuk ek.. ;p )

Tuesday, October 21, 2008

My birthday

Hari nih 21 Okt..birthday aku... Dah tua dah...

Monday, October 20, 2008

Mentor Jutawan

Mentor Jutawan nih merupakan satu e-book terbaru dari Irfan Khairi. Di dalamnya mengandungi sesi temubual Irfan bersama 8 jutawan iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato Dr Azman Ching, Billi Lim, Dato Husammudin, Abang Abu dan Ifan Khairi sendiri. Ianya berkisar tentang pengalaman suka duka 8 jutawan tersebut dalam mencapai kejayaan mereka.

Aku suka baca ebook ini..sebab ianya buku ilmiah tetapi dalam bentuk cerita yang boleh aku baca dalam keadaan santai. Banyak info-info menarik tentang mereka yang boleh aku pelajari terutama sekali cerita Dato Dr Fadzilah Kamsah..kisah beliau sejak dari bangku sekolah hingga sekarang.

Ebook Mentor Jutawan nih memang berbaloi untuk dibaca..walaupun harganya murah..tetapi isikandungannya amat berharga.. Aku sarankan kepada sesiapa yang ingin memperbaiki diri..terutama dalam perniagaan atau kerjaya..eloklah membaca ebook nih..

Bukan itu saja..bila kita beli ebook nih..kita boleh mendaftar program affiliate secara percuma dan untuk setiap jualan ebook ni kita akan mendapat komisen Rm10 untuk setiap jualan...Bukan tipu2 punya.. Untuk keterangan lanjut boleh lawati link di bawah

Friday, October 17, 2008

mesin basuh....

Tadi dok terpikir-pikir nak tulis apa kat blog nih... tengah2 pikir tu...tetiba mesin basuh aku menjerit...tit tot tit tot.... huh...unbalance rupanya...terpaksa la aku gi uraikan kain2 tu supaya mesin tu boleh spin dengan sempurna...

Sepanjang perkahwinan aku yang dah masuk 12 tahun nih... dah 3 mesin basuh aku beli termasuk la yg terbaru nih... Yang pertama aku pakai hampir 8 tahun kot? Yang kedua 3 tahun jek...sebab aku tak sabo (hehe) nak beli yang terbaru nih..

Mesin basuh yang pertama muatannya cuma 3kg (rasanya la..aku dah lupa)..Sangat2 berjasa dan tahan lama...walaupun bukan dari jenama yang terkenal di Malaysia... Mitachi Littleswan namanya... bukan berkomputer..tapi main pulas tu... Pernah rosak akibat petir..sebab aku pegi gatal2 membasuh dikala ujan dan ribut petir tgh melanda.. Lepas itu mulalah mesin basuh tu meragam...kejap2 rosak... agaknya dah uzur sgt..

Kemudian aku beli mesin baru yang kedua.. jenama samsung..berkomputer...6.5kg.. Berkhidmat dengan baik juga...kecuali dia dah berkarat kerana selalu kena tempias hujan...pasal masa tu aku belum letak awning kat belakang... tetapi oleh kerana pertambahan ahli keluarga... aku terpaksa membasuh baju sekurang2nya 2 round sehari...so terpaksa keje lebih sikit dan memakan masa...So aku pun membodek asben utk membeli yang lebih besar...heheh

Akhirnya kami membeli mesin baru lagi...jenama LG..berkomputer..muatan 12kg...besar gedabak...masuk budak pun boleh...Mesin yang kedua tu aku bagi kat seorang kawan. Dengan muatan 12kg...aku hanya perlu membasuh sekali sehari je...rileks la sikit.. Cuma masalahnya dengan mesin besar nih...selalu la berlakunya unbalance bila nak spin... kadang2 tu aku terpaksa pegang/bersandar pada mesin tu... kira ala-ala mesin gegar yang memecahkan lemak2 perut gak ler...hehehe...

So lepas nih..kalu aku bleh slim dengan mesin basuh tu...kira berbaloi la aku beli mesin tu...hehehhe

Monday, October 13, 2008

cuba teka kat mana.....



hehehee....dah takde keje la nih...

cuba korang teka...kat mana kedai nih... :D