Tuesday, January 13, 2009

Kisah Misteri dan Kisah Lucu

Kisah Misteri

Kisah ini diceritakan melalui telefon oleh mak aku sekembali dari Tanah Suci baru2 ini.. Ketika itu aku sedang berhenti di Masjid Bkt Kangkar, Johor menantikan suami dan anak2 solat Jumaat, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung di Muar.

Kisahnya..Setelah beberapa hari mak balik, jiran sebelah datang bercerita. Ketika ketiadaan mak di rumah sewaktu mengerjakan haji, ada satu keluarga datang ke rumah mak. Sangkaan jiran tadi, mungkin anak2 mak yg datang, sebab jiran itu lebih mengenali anak2 abah sebab mereka membesar di sana. Tapi setahu aku, aku dan kakak2 aku memang tak pergi ke rumah mak semasa mak takde.

Jiran tersebut ada bertanya dengan keluarga yang datang berkunjung itu. Awak siapa..Lelaki tersebut membalas "Kami datang nak kemas2 rumah nih".. Ketika itu anak2 lelaki tersebut bermain2 di laman rumah.. Memandangkan tiada tanda2 yg mencurigakan, jiran tersebut hanya memerhati dari jauh sahaja. Keluarga tersebut datang dengan sebuah kereta berwarna biru. Mempunyai 2 orang anak yang masih kecil.

Yang menjadi misteri kepada mak aku adalah, rumahnya masih seperti biasa sewaktu ditinggalkan..seperti tidak terusik langsung, termasuk kunci pintu yang elok berkunci. Mak pun takde tinggalkan kunci pada sesiapa pun.. jadi...siapakah yang datang itu??

Kisah Lucu

Kisah ini tak berapa lucu sebenarnya.. cuma mencuit hati aku dengan keletah anak aku yg kecik nih. Kisah ini berlaku di SSM, Shah Alam baru2 ini.

Ketika sedang menunggu nombor aku dipanggil, aku, suami dan 2 orang anak aku duduk di kerusi yang disediakan. Tiba2 anak aku yg kecik, si Akmal ni bertanya.. "Mak gemuk?" ceh..ape punya soklan daaa... aku pun jawab laa "Iyeee...mak gemukkkkk".. Untuk berasa lebih adil aku bertanya semula pada Akmal.. "Abah gemuk tak?" Dengan selamba dia jawab "Gemuk....gemuk dose" ... hek ele....ntah sape yang ajor dia cakap mcm tu ntah...sabar jer laa...

5 comments:

cikliah said...

Erkkk.. misteri nusantara betoi nie. Takutnyer.. takutnyer... ke jiran tu bermimpi tak ?

Anonymous said...

kan budak ni kira suci lagi tak ada dosa kot dia boleh nampak kot pasal abah dia....hehehe

mimiejibam said...

cikliah..rasanya tak bermimpi..sbb siang..taktau la kalau bermimpi di siang hari lak :D

ss : waa...pestaim melawat ye..tq2.. abahnya sengih je taktau nak kata apa masa tu...

Makcik Runner said...

hahahaha...lawak sungguh anak mu MJ!

citer pertama tu, agaknya amende yg depa dtg nak 'kemas' tu yek?

mimiejibam said...

KC : anak yg nomot 5 nih mmg byk cakap sungguh...ade je idea dia..

misteri tuh masih lagi misteri... ntah sape la org tuh