Thursday, January 8, 2009

Suatu pagi di No x Jalan Chengal x...

Jam berdering menunjukkan jam 6 pagi...Mataku masih mengantuk. Kutekan butang snooze supaya aku boleh menyambung tidurku semula. Enaknya tidur. Rumahku masih sunyi dan sepi. Creet...creetttt.... ah! jam handphoneku berbunyi lagi. Kutekan lagi butang snooze itu..sambung lagi 5 minit tidurku..Kali ketiga jam itu berbunyi lagi..kali ini kutekan butang stop pula..berapa kali nak snooze plak...terbabas plak kang..

Selesai menunaikan kewajipan, aku pun mengejutkan 3 orang anak2 ku. Payah sungguh mereka untuk bangun..rasa-rasa macam nak simbah dengan sebesen air. Setelah berusaha beberapa kali mengejutkan mereka..barulah mereka bergerak. Aku pun turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Aku disambut mesra oleh si Amat yang kelaparan.. Ai..tak reti2 nak cari cicak ke lipas ke utk makanan tengah malam..

Selesai menyediakan sarapan, aku pun memulakan tugas mengemas rumah yang telah disepahkan oleh anak2 seikhlas hati mereka. Kadang2 tu rasa nak campak je mainan2 itu ke dalam tong sampah. Tapi bila memikirkan kalau dibuang..lepas tu terpaksa beli yang lain..buat apa...perabih duit je.

Selesai mengemas rumah, kulihat jam di dinding..Ah! dah nak pukul 7 dah..Budak2 ni belum siap lagi? Maka keluarlah suara ala2 tarzan sakit tekak (pagi2 buta mana bleh jerit2...kang terbangun jiran2 selorong aku kan..) Adham...Azam..Aiman...tak siap lagi ke...nak jalan kaki pergi sekolah keee....cepat sikitt...Seketika kemudian kudengar bunyi tapak kaki berlari2 di atas..Huh! dah sah2 diorang sambung tidur lepas solat subuh tadi.. Sekejap selepas itu turunlah mereka... sohih mandi kerbau masing2 nih..

Selesai sarapan, anak2 ku dihantar oleh suamiku untuk pergi ke sekolah. Pagi2 makcik driver nih belum beroperasi...sebab operasi membanteras baju2 kotor masih belum selesai..

Selesai memasukkan baju2 kotor ke dalam mesin basuh gedabak aku tu.. maka aku mengarahkan mesin basuh itu supaya merendam saja dulu...sebab baju kt badan aku nih nak dibasuh juga..kalau aku pun boleh masuk dalam tu..bagus jugak.. 2 in 1.. basuh baju n mandi sekali..

Kira2 jam 7.30 pagi..aku pun mengejutkan seorang lagi anak aku yg bersekolah di Tadika Pasti. Sebelum kejut kena sediakan milo satu gelas besar dulu..sebab memang pesen dia...celik mata nak milo. Dah habis milo segelas baru boleh mandi dan pakai baju sekolah. Lepas dia mandi..maknya pulak mandi..sebab makcik driver dah nak beroperasi... kang harum pulak satu taman dan sepanjang2 perjalananku ke tadika itu..

Sebelum keluar rumah..aku mengarahkan mr mesin basuh untuk membasuh baju2 yg penuh itu.. kerja baik2 ye mr mesin...jgn dok nak goyang gerudi byk2 ye...

itulah sebahagian cerita di suatu pagi di rumah ini.....sekian terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

MJ, kelakarnya celoteh awak pepagi untuk siapkan dan jadi driver anak-anak kesekolah. Sib baik minyak dah turun rega. Kalo keje dan keje jauh kat KL atau Shah Alam,lagi la kelam-kabut.-hang perak.

mimiejibam said...

hang perak... sebab tu pikir 5-6 kali kalu nak kerja balik...

kerja kat rumah nih pun ok gak...walaupun pendapatan tak byk mana..tp takpe..sikit2 lama2 jadi bukit