Tuesday, November 11, 2008

Kemalasan melanda.....

Kemalasan telah melanda diriku dalam mengemaskini blog ini.. Aku pun tidak tahu kenapa.. mungkin aku terlalu asyik dengan FB..dan juga terlalu asyik membaca buku Harry Potter... yaa...betol la tu..

Sejak dua menjak ni ramai pulak kawan2 sekolahku dulu join FB nih... Aku masih menanti kawan2ku di ITM, Dungun join FB..tapi belum berjumpa... dulu2 kami aktif dlm mailgroup...skang suma sudah menyepikan diri...mana tah diorang pegi.. Kalau korang baca blog aku nih..harap korang join la FB...buleh la bertuko2 cerita ye..

Aku cukup minat dengan Harry Potter... kalau dulu, aku sekadar meminati movienya...sehingga aku sanggup mendonlod dari torrent walaupun kadang2 tu memakan masa sampai 2-3 hari..

Tapi, selepas suamiku memberiku buku Harry Potter and The Order of Pheonix (aiya..actually Harry Potter and the Goblet of Fire la...isk..dah tua2 nih asik tersyasul jek..[pembetulan dibuat pd 18/11/08] hehe..), yg dibeli di London ketika dia ada tugasan di sana.. Membuatkan aku terus berminat utk membaca semua buku2 HP nih... Kebetulan pula di torrent semua ada... Dapatlah aku membaca kesemua buku2 HP nih... boleh ulang baca byk2 kali....

So...itulah sebabnya kenapa blog aku nih agak berabuk sikit...mahap le yee.....

Thursday, November 6, 2008

Bekerjasama

Dah lama aku tak update blog nih gara2 demam, batuk dan selsema lebih dari seminggu... dah lama aku tak sakit lama mcm nih...

Hari nih aku nak bercerita sikit tentang kerjasama... Kerjasama ada di mana-mana. Di rumah pun kita sering mengajar anak2 supaya bekerjasama, supaya sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan cepat..

Seperti restoran kami, ianya baru dan lebih menarik dan nampaknya seperti satu saingan besar kepada restoran2 sedia ada, namun mereka menerima kewujudan kami sebagai salah satu back-up kepada mereka. Seperti jika mereka menerima tempahan katering yang besar dan mereka tidak mampu menyediakan sepenuhnya, maka sebahagian darinya diserahkan kpd restoran kami untuk diuruskan. Hasilnya majlis tersebut dapat berjalan dgn lancar dan masing2 mendapat keuntungannya.

Namun tidak semua orang berpandangan begitu.. Seperti yang telah berlaku kpd diriku sendiri.. Aku ingin bekerjasama dgn suatu pihak untuk menjual satu produk. Malah aku bersedia untuk berkongsi keuntungan walaupun satu pihak lagi tidak perlu membuat apa-apa. Aku pun tidak tahu di mana silapnya, pihak tersebut seolah-olah membuatkan aku seperti bersalah kerana ingin menjual produk tersebut. Malah mereka tidak pernah berbincang/membalas sebarang cadangan yang aku berikan. Membuatkan aku berasa kecil hati dan terkilan...kerana kerjasama yang aku harapkan..lain jadinya.

Walau apapun, tidak semestinya semua pekerjaan dilakukan secara bekerjasama... takkan nak masuk bilik termenung pon nak kerjasama ye dak! hehehe....

Friday, October 31, 2008

Happy Birthday Adham

11 tahun yg lalu, hari jumaat jam 12:30 tghari...di Hospital Universiti.. adham anak sulungku selamat dilahirkan...

Skang dah 11 tahun budak tu... tahun depan dah nak upsr...perghh cepatnya masa berlalu... semoga menjadi anak yg soleh..



hmm...ari nih ari jumaat gak ek...

Tuesday, October 28, 2008

tak sihat

tak larat nak update blog...demam, batuk n selsema dah 3 hari dah....

Thursday, October 23, 2008

sambutan tertunda

dah hampir2 nak merajuk dah... Mlm tadi asben balik lambat.... aku dah naik atas nak tido dah... tiba2 dia balik dan kejutkan aku... Meh la turun bawah...ada kek...
wah!! seronoknya... dapat ciskek gitu...hilang dah merajuk...hehehe... (buruk bebenor kalu org tua2 merajuk ek.. ;p )

Tuesday, October 21, 2008

My birthday

Hari nih 21 Okt..birthday aku... Dah tua dah...

Monday, October 20, 2008

Mentor Jutawan

Mentor Jutawan nih merupakan satu e-book terbaru dari Irfan Khairi. Di dalamnya mengandungi sesi temubual Irfan bersama 8 jutawan iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato Dr Azman Ching, Billi Lim, Dato Husammudin, Abang Abu dan Ifan Khairi sendiri. Ianya berkisar tentang pengalaman suka duka 8 jutawan tersebut dalam mencapai kejayaan mereka.

Aku suka baca ebook ini..sebab ianya buku ilmiah tetapi dalam bentuk cerita yang boleh aku baca dalam keadaan santai. Banyak info-info menarik tentang mereka yang boleh aku pelajari terutama sekali cerita Dato Dr Fadzilah Kamsah..kisah beliau sejak dari bangku sekolah hingga sekarang.

Ebook Mentor Jutawan nih memang berbaloi untuk dibaca..walaupun harganya murah..tetapi isikandungannya amat berharga.. Aku sarankan kepada sesiapa yang ingin memperbaiki diri..terutama dalam perniagaan atau kerjaya..eloklah membaca ebook nih..

Bukan itu saja..bila kita beli ebook nih..kita boleh mendaftar program affiliate secara percuma dan untuk setiap jualan ebook ni kita akan mendapat komisen Rm10 untuk setiap jualan...Bukan tipu2 punya.. Untuk keterangan lanjut boleh lawati link di bawah