haaa...mende apa la bbs tu ek... Bagi mereka2 yg seangkatan sinar.fm ngan aku...pastinya tau apa itu bbs..tapi tak semua gak... tak ramai yg menceburkan diri dalam bidang bbs nih...
bbs...atau kata panjangnya (ada ke word nih?) adalah Buletin Board System.. Aku mula berkecimpung dalam area berBBS nih ketika aku bekerja di UM sekitar tahun 1995 gitu..
Mula2 tu aku taktau apekebendenya bbs nih...tp lepas diperkenalkan oleh seorang brader kt situ..aku terus terjatuh chenta dgn bbs...sampai sanggup aku dtg memalam ke lab yg sunyi sepi tu utk bertenet...
Nak tau ape bende bbs nih sebenornya??
hahaha... kalau zaman skang nih...boleh la nak dibandingkan dengan forum...tp kt bbs ni lebih kepada chatting walaupun ada unsur2 thread/posting dan sebagainya.. err..paham ke? Tapi..sayugia diingatkan..bbs ni hanya boleh dicapai menggunakan Telnet sahaja...bukan pakai IE, Firefox, Opera atau apa saja yg sewaktu dengannya ek..
bbs yg mula2 aku ceburi adalah Auggie..atau alamatnya bbs.augsburg.edu (err..jap..aku pon dah lupa..heheh..sapa ingat? sila betulkan)..Memula tu hanya bbs berbahasa inggeris sahaja yg wujud .. tapi kemudian wujud bbs melayu..seperti Telekom dan Rindu.. Bila wujud bbs melayu ni..makin menjadi2 laa chentaku terhadap
bbs nih...ahaks..
Masa di bbs Auggie..login aku Mimie (baik btol pakai nama manja cewaah).. Lepas tu di bbs Rindu aku guna login Cencurut.. perghhh ramai ingat aku ni jantan..kakakaka.. Tapi nickname yg aku selalu guna masa chat adalam Jibam/bam ..heheh sowi aaa ujang
bbs yg paling aku suka semestinya bbs.rindu.net tu laaa...sebab ada ramai kawan kt situ..tapi skang dah berkubur dah suma bbs tuh...sedeyyy....
Haaa....kesempatan aku menulis ni..nak gak aku menjejak kasih rakan2 bbs dulu..yg dah terjejak.. Keen (tq to cikliah) dan Zaza..
Yg aku sangat2 nak jejak adalah adik2 aku dulu yg belajo kt Korea tu.. Pam(zulkov), ayerborne dan tango.. mana korang sume skang ekkk????