Tuesday, May 5, 2009

DaPat JuGa....

Cuti Hari Pekerja baru2 ni aku mengambil kesempatan utk pulang ke Muor.. sebab pada sabtu malam tu abah buat sedikit kenduri..

Aku balik ke Muor petang Jumaat kira2 jam 4pm... Jalan takde jem.. singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh utk solat Asar, makan malam dan solat Maghrib jamak Isya' sekali. Sampai di kampung dalam jam 9 gitu...

Hari Sabtu, dari pagi dah mula sibuk menyediakan bahan2 utk dimasak lauk kenduri. Nasi briyani, kambing, ayam, acar merupakan menu utama.. Kenduri lepas maghrib... lepas abis..sesi membasuh pinggan la plak... berpeluh sakan beb jadi tukang angkat pinggan dari tempat basuhan ke tempat mengeringkan pinggan.. takyah penat2 gi gym apa...

Hari Ahad, abang ada urusan dengan bekas pekerja2 Riverside.. Aku dok umah je takde apa nak buat... Belah petang tu aku ajak abang gi laut..kalau2 ade laut kt Muor nih..hehe..

So, petang tu kami ke Tg. Emas..selepas ber'jumpa' monyet2 di kawasan yg byk monyet tu.. (ape tah nama tempat tu)..kami ke tepi laut..nak kata laut tu tak jugak.. sebab ianya tempat pertemuan muara dengan laut..so separuh2 la kot.. hihihi...

Tapi dapat gak la menikmati angin laut...tengok ombak...tapi pasir pantai je takde..suma dah kene simen....

At least...dapat jugak aku melapangkan pikiran..menenangkan hati....







No comments: