Monday, September 22, 2008

Berbuka puasa @ Riverside Ahlan Restaurant & Cafe

Hari sabtu baru2 nih kami mengambil kesempatan untuk balik ke Muar untuk berbuka puasa di restoran keluarga kami iaitu Riverside Ahlan Restaurant & Cafe..

Sebelum pulang kami membuat tempahan terlebih dahulu...alhamdulillah ada rezeki kami.. masih terdapat kekosongan dan kami merupakan yang terakhir menempah untuk hari tu..kalau terlewat sikit mungkin kami tak merasa nak berbuka di situ dengan harga promosi ramadhan yang akan berakhir pada 25 Sept 2008 nanti. Selepas 25hb, harga dah lain, so rugi la kalau tak rasa kan...

Dengar cerita dari adik yang menguruskan restoran, tiap2 hari memang penuh tempahan.. Kalau datang just walk-in je memang takde harapan la nak dpt duduk..Kerusi meja semua penuh..Nak2 plak time hujung minggu..Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi..

Skang nih orang dah mula bertanya2 tentang tempahan katering... buat masa nih belum cukup equipment dan pekerja.. harap2 dapat diselesaikan sebelum hari raya. Sebab ramai yg ingin menempah bagi rumah terbuka dan sebagainya...

Hari sabtu tu kami datang awal sikit kira2 jam 6.15pm. Sempatlah melihat2 persediaan pekerja sebelum kedatangan pelanggan. Sambil2 tu sempatlah amik beberapa gambo..

Disebabkan seronok melihat ramai pelanggan yang datang..kami cuma sekadar makan mee hun goreng, mee kari, cendul dan kuih muih sahaja...itupun dah kenyang.. Sedap masakan Chef Hassan aka Chef Gunung.

So, inilah beberapa gambo yang diambil oleh suamiku...








Sempat bersembang dan berposing dgn Chef Hassan

No comments: