Monday, September 8, 2008

Mengigau

Tarikh : 7 sept 2008 (mlm tadi)
Masa : 11.40pm
Lokasi : ruang tamu, depan tv

Aku dan suami sedang menonton Rush Hour.. anak sulung dan no. 4 tgh main game kat notebook.. Anak no. 2,3 dan 5 dah tido berdekatan dgn aku dan suami..

Tiba2 anak no. 2 bangun..sambil membetulkan zip seluar yg terbukak.. Aku bertanya.. "Azam..nape??" Dia tak menjawab. Dlm hati aku dah tau dah dia ni mengigau... aku pun tengok aje la...

Tiba2.... dia angkat takbir..pastu letak tgn kat perut mcm nak baca Fatihah.. lepas tu rukuk...lepas tu dia sujud... masa sujud tu teruss sengettt dan bummm tido balik..

Aku, suami dan anak sulungku pun apa lagi..berdekah2 la kami ketawa...

Kes mengigau nih mmg kerap melanda anak2ku... setakat bercakap, ketawa tu aku tak kisah sgt..tapi kalau sampai bangun nak buat mende2 yg bukan2 tu saspen gak..

Anak sulung aku pon penah mengigau... Kes pertama dia bangun dan tiba2 mengoyakkan kertas dinding umah aku...

Lepas tu pernah satu mlm..masa tu aku dah naik atas nak tido.. suami aku pergi main pingpong kat dewan. Tiba2 aku terdengo bunyi org nak masukkan kunci grill... tapi bunyinya lain mcm... bunyi kunci yg tak masuk2... aku pon saspen gak la...

Aku jengok dari atas kat tangga.. Aku tengok anak aku yg no. 4 keluar rumah.. Aku tanya "Amin nak buat apa kat luar" Dia jawab "Ntah, adham nih yg keluar".. Aku pun tanya "Adham...nak buat apa kat luar".. Dia jawab dlm keadaan mamai.. "Nak amik selipar".. Aku tanya lagi "Nak buat apa ngan selipar" Dia jawab "Ntah" dan terus baring dan tidor.

4 comments:

cikliah said...

hehehehe... keylass tu anak2 komer... heheehehe.. tapi risau gak kan... takut2 dibuatnya yang bukan-bukan.. Nauzubillah...

mimiejibam said...

hehehe...sampai ari nih aku masih nak tergelak mengingatkan peristiwa mlm tadi... menjadi bhn usikan abg sulong pd adik dia tu.. haahaah

the principal said...

Mengigau nak sembahyg ok gak.

Husband k emy mengigau ckp cina coz siang tu we all gi shopping complex, ramai betul cina nak jual mooncake kat dia. They all ckp cina coz husband k emy cam cina.

Sue.Aleen said...

gelak sakan saya baca citer ni.. mengingatkan kata² kawan time dia menjerit masa mengigau, "Fotostet satu!!!", pastu debummm.... tido balik! hahaha... tak boleh lupa. nak fotostet apa pun ntah la....